Pilihan raya Shahrizat_Abdul_Jalil

Ahli Parlimen Lembah Pantai

Walaupun Shahrizat menjadi ahli UMNO Bahagian Kepong, tetapi beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa pilihan raya 1995. Shahrizat menang tiga penggal dalam pilihan raya di kawasan parlimen Lembah Pantai sejak 1995. Pada 1995, beliau mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi. [3] Pilihan raya 1999, menyaksikan beliau menumbangkan calon Parti Keadilan Nasional, Zainur Zakaria dengan majoriti 1,417 undi. Tahun 2004 menang besar , beliau menumbangkan bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Sanusi Osman yang bertanding atas tiket Keadilan dengan majoriti 15,288 undi .[4]

Tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah ditewaskan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 2,895 undi. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi. Namun begitu, beliau masih lagi menjadi penasihat kepada kementerian walaupun kementerian tersebut dikendalikan oleh YB Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selepas Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Tun Abdullah, beliau terus diberi kepercayaan menggantikan Datuk Dr. Ng Yen Yen kembali menerajui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sehinggalah tamat penggal kedua beliau menjadi Senator pada April 2012. Selepas itu kementerian tersebut dipangku oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.[5]